Thursday, April 3, 2014

SPECIAL DELIVERY utk Corelle Batch 6 2014

Assalamualaikum,

Berita baik hari ini berkenaan dengan penghantaran produk pre order batch ke 6, ETA Oktober 2014 sahaja.

"SPECIAL DELIVERY" (untuk kawasan di luar Lembah Klang) :

i- Selatan ( Johor, Melaka & Negeri Sembilan)
ii- Utara ( Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang)
iii- Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang)

Kami akan membuat penghantaran ke lokasi-lokasi dan masa yang akan ditetapkan kemudian berdasarkan kategori di atas. Ini bertujuan bagi memudahkan penghantaran produk kepada pelanggan yang berada di luar KL dan Selangor.

Terma dan Syarat :
1- Bayaran hendaklah dijelaskan sebelum penghantaran dibuat
2- Penghantaran akan mula dilakukan bermula September 2014
3- Pelanggan boleh memilih lokasi yang sesuai untuk tujuan pengambilan produk yang ditempah berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan secara berkumpulan sahaja
4- Kadar bayaran adalah mengikut lokasi dan bilangan kotak serta lebih murah berbanding kadar Pos Laju
5- Sekiranya pelanggan hendak membatalkan di saat akhir, pihak kami tidak akan mengembalikan bayaran yang telah dibuat kerana akan menimbulkan pelbagai masalah sampingan
6- Pelanggan digalakkan untuk merancang masa sekiranya bercadang untuk memilih cara penghantaran di atas
7- Kegagalan pelanggan mematuhi terma dan syarat akan menyebabkan barang yang ditempah tidak akan sampai ke tangan dan akan dibawa semula ke KL
8- Pelanggan perlu datang ke KL atas kos perbelanjaan sendiri
9- Jaminan terhadap keselamatan barang yang dibeli adalah tinggi. Pihak kami akan memastikan semua barang dalam keadaan baik
10- Pelanggan dinasihatkan membuat pemeriksaan terhadap semua barang yang diterima untuk memastikan tiada kerosakan yang berlaku ketika penerimaan barang

* Kadar bayaran akan dikemaskini kemudian

No comments:

Post a Comment